Universiti Malaysia Terengganu

Events Calendar

 

2) Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan FTKKI melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FTKKI akan mengadakan Hari Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat FTKKI pada 5 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Kompleks Pembelajaran Berpusat Pelajar (KPBP), FTKKI. Program ini akan dirasmikan oleh Ybhg. Profesor Chm. Dr. Marinah Binti Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UMT.

3) Untuk makluman Ybhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, Hari Kesedaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang boleh memberi nilai tambah kepada semua kakitangan dan pelajar UMT yang terlibat agar tempat kerja menjadi selamat dan kondusif melalui perkongsian dan penerangan topik berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh penceramah-penceramah jemputan. Pameran poster berkaitan KKP juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”