Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM WEBINAR ‘THE 4th INTERNATIONAL WEBINAR COLLABORATION BETWEEN UMT, MALAYSIA AND UNIVERSITIES IN INDONESIA’
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin (ICAMB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama-sama Universitas Diponegoro (UNDIP), Institut Teknologi Bandung (ITB), Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Sriwijaya (UNSRI), Universitas Negeri Gorontalo (UNG), Universitas Negeri Manado (UNIMA) dan University of Teuku Umar (UTU) akan menganjurkan siri webinar ‘The 4th International Webinar Collaboration between UMT, MALAYSIA and Universities in Indonesia’. Webinar ini akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh : 6 Disember 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang (MYT)
Pautan Aplikasi Zoom: https://itb-ac-id.zoom.us/j/99783214761?pwd=T0dUVU9EaS9VT1VPVVZnbUZZVEhVQT09
Pautan Jadual Webinar: https://imb.umt.edu.my/the-4th-international-webinar-umt-malaysia-and-indonesia-univertsities/
Meeting ID: 997 8321 4761
Passcode: 463261
-
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya dan berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan menyertaiwebinar yang akan diadakan. Webinar ini dibuka kepada semua ahli akademik dan bukan akademik. .
Sekian, terima kasih.
—
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Sekretariat
THE 4th INTERNATIONAL WEBINAR COLLABORATION BETWEEN UMT, MALAYSIA AND UNIVERSITIES IN INDONESIA
Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu
Tel: 09-668 3690 Fax:09-668 3105