Universiti Malaysia Terengganu

Events Calendar

When:
March 12, 2024 @ 10:00 am Asia/Kuala Lumpur Timezone
2024-03-12T10:00:00+08:00
2024-03-12T10:15:00+08:00
Where:
Auditorium Sulaiman, PSNZ
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM LESTARI RAMADAN 2024/1445H
 
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan ceramah khas bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1445H seperti berikut:

Tarikh               : 12 Mac 2024 (Selasa)
Masa                 : 10.00 pagi
Tempat             : Auditorium Sulaiman, PSNZ
Tajuk ceramah : Harta Pusaka Pemutus Hubungan Silaturahim : Bagaimana Ramadan Ini?
Penceramah    : Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial
LESTARI RAMADAN 2024.png
 
🌟 KEHADIRAN KE PROGRAM INI DIKIRA JAM LATIHAN & MERIT MYSTAR KEPADA WARGA UMT.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga program ini dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu
Tel: 09-668 4185 Fax:09-668 4179

FB: https://www.facebook.com/psnzlib