Kursus ini bertujuan memberi penerangan berkenaan kepentingan spesimen biologi di Malaysia serta kepentingan menggunakan resin untuk pemeliharaan dan pemuliharaan spesimen biologi. Pendedahan dan latihan amali turut dilakukan dalam kursus ini untuk memberi kemahiran menggunakan resin ke atas spesimen biologi.
Kadar bayaran yuran bagi kursus ini adalah RM1,500.00 sahaja bagi setiap peserta untuk tempoh tiga hari. Kadar yuran ini termasuk nota dan peralatan kursus, sijil, penginapan peserta selama 3 malam dan makan minum peserta sepanjang kursus ini berlangsung. (RM1,200.00 / orang peserta untuk tanpa penginapan)
Untuk pertanyaan lanjut, sila emel En. Ahmad Fakhrurrazi bin Mokhtar (fakhrurrazi@umt.edu.my) atau Pn. Noratikah binti Ab Manaf (noratikah.manaf@umt.edu.my).