Universiti Malaysia Terengganu

Events Calendar

When:
March 10, 2024 @ 9:00 am – 4:30 pm Asia/Kuala Lumpur Timezone
2024-03-10T09:00:00+08:00
2024-03-10T16:30:00+08:00
Where:
UMTCC

HARI KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) INOS, UMT

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), INOS akan menganjurkan Hari Kesedaran KKP INOS Tahun 2024 bertujuan memberi Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) kepada warga INOS. Sempena program ini, INOS juga berbesar hati menjemput warga UMT untuk sama-sama menyertai program yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut;

Tarikh            :           10 Mac 2024 (Ahad)

Masa              :           9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat          :           UMTCC

  1. Hari Kesedaran KKP INOS ini merupakan platform tepat dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang semua isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga INOS. Oleh yang demikian, JKKP INOS meletakkan harapan agar warga UMT dapat meluangkan masa agar program ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Tentatif program adalah sepertimana maklumat dilampirkan.
  2. Sokongan dan kerjasama semua dalam menjayakan Hari Kesedaran KKP INOS Tahun 2024 ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian, terima kasih.