Universiti Malaysia Terengganu

Events Calendar

When:
June 28, 2018 @ 8:54 am – 3:00 pm Asia/Kuala Lumpur Timezone
2018-06-28T08:54:00+08:00
2018-06-28T15:00:00+08:00
Where:
Dewan Sultan Mizan
T145
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
YBhg Dato’/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UMT 2018
Pejabat Pendaftar selaku urus setia dengan segala hormatnya menjemput seluruh warga UMT untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Aidilfitri UMT 2018 yang akan diadakan pada 28 Jun 2018 / Khamis bermula jam 11.30 pagi di Dewan Sultan Mizan, UMT. Capaian kepada kad jemputan seperti di bawah:
http://upload.umt.edu.my/uploads/Kad_Jemputan.jpeg
Dengan bertemakan Raya Sama-Sama; Kongsi Juadah Raya , warga UMT dialu-alukan membawa juadah raya masing-masing secara potluck untuk dinikmati bersama selain juadah utama yang diselaraskan oleh pihak urus setia.
Pihak urus setia juga telah melakukan kajian secara atas talian berkaitan penerimaan warga ke atas konsep Bring Your Own (BYO) yang diperkenalkan. Hasilnya, 74% daripada 177 responden bersetuju dengan konsep ini dan bersedia membawa bekas makanan sendiri. Sehubungan itu, pihak urus setia mengalu-alukan warga UMT yang ingin bersama-sama memastikan kelestarian kampus untuk membawa bekas makanan masing-masing. Manakala pihak urus setia juga akan menyediakan bekas makanan pakai buang selain daripada bahan polisterin untuk kemudahan semua.
Sekian, semoga kehadiran YBhg. Dato’/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan seluruh warga UMT akan memeriahkan lagi majlis ini.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.