Universiti Malaysia Terengganu

Events Calendar

When:
July 20, 2018 @ 8:00 am – July 22, 2018 @ 5:00 pm Asia/Kuala Lumpur Timezone
2018-07-20T08:00:00+08:00
2018-07-22T17:00:00+08:00
Where:
Dewan Sultan Mizan
T145
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Asasi STEM, PPPSA, UMT dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Pusat Kreativiti dan Sains Terengganu (PSKT) menganjurkan Hari Karnival STEM Peringkat Negeri Terengganu  bermula pada 20 sehingga 22 Julai 2018 (Jumaat-Ahad). Sebanyak 8 pertandingan akan diadakan (lampiran) dan Karnival STEM ini akan diadakan di DSM dan beberapa lokasi lain di dalam UMT. Karnival STEM  ini  melibatkan kumpulan 800 orang peserta dari pelajar sekolah seluruh negeri Terengganu, 20 orang pensyarah UMT yang bertindak sebagai hakim, 20 orang pelajar postgrad sebagai pembantu hakim dan 60 orang pelajar Asasi STEM UMT sebagai pembantu hakim dan sukarelawan. Turut juga terlibat adalah kumpulan staf sokongan PPSA sebagai urusetia bersama dengan pihak JPNT dan PSKT.
Di dalam karnival STEM ini juga turut melibatkan 13 agensi luar yang akan mengadakan pameran di dalam bidang STEM, dan pameran ini akan diadakan di ruang legar DSM. Karnival ini merupakan satu medium kepada pelajar sekolah menerokai kaitan ilmu dalam semua bidang sains menerusi bengkel sains serta pameran dari agensi-agensi yang terlibat. Di dalam masa yang sama, program ini memberikan peluang kepada pelajar asasi STEM UMT untuk melihat bagaimana program ini dijalankan dan adalah menjadi hasrat Asasi STEM untuk menganjurkan Karnival STEM di kalangan pelajar Asasi di seluruh Malaysia, InshaAllah di tahun hadapan. Program sebegini juga memberi peluang kepada pelajar Asasi STEM mengasah soft skills mereka sebagai persediaan untuk melangkah ke peringkat ijazah nanti.
Majlis Perasmian penutup Karnival STEM akan diadakan pada 22 Julai (Ahad), jam 4.00 petang di DSM dan akan disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor UMT . Turut hadir di majlis nitu nanti adalah Pengarah JPNT, CEO PSKT, wakil EPRD, KPM, Sasbadi, pegawai utama dan kanan UMT , pensyarah  dan pelajar UMT dan semua guru-guru pengiring.